Saturday, December 26, 2009

apa lagi yang ilang


adakah kebarangkalian untuk jet pejuang pula hilang??
kalau enjin jet hanya dikesan hanya selepas dua tahun, bagaimana kalau jet yang hilang..
penin din memikior,

sama2lah kita berdoa moga kehilangan itu memberi pengajaran untuk lebih, lebih, lebih bersifat AMANAH

Stress Management



Setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini pasti akan meghadapi tekanan ( stress ). Orang yang tidak menghadapi stress di dalam hidup , mereka tidak dapat merasai nikmat hidup yang sebenar. Stress bukanlah sesuatu yang tidak baik. Kadang-kadang kita perlu ada stress untuk menyelesaikan sesuatu pekerjaan. Yang tidak baik ialah apabila stress itu terlalu kuat sehingga kita tidak dapat mengawalnya. Oleh itu apa yang penting ialah kita perlu pandai menguruskan stress kita supaya ia dapat mendatangkan kebaikan kepada diri kita.
Di bawah ini beberapa tips pengurusan stress sebagai panduan untuk semua. Bacalah.......


* Sentiasakan diri kita dalam keadaan berwudu'
* Sentiasa membaca al-Quraan , kalau boleh setiap hari sekurang-kurangnya 10 ayat.
* Sentiasa solat sunat sebagai tambahan kepada solat fardhu.
* Sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t.
* Selalu berdoa kepada Allah s.w.t.
* Sentiasa menjauhi segala maksiat.
* Ringan tulang untuk bersedekah atau melakukan kebaikan.
* Bersangka baik dengan Allah s.w.t. Segala ketentuan Allah pasti ada kebaikan kepada kita.
* Menjaga kesihatan dengan bersukan.
* Menjaga pemakanan yang betul ( diet )
* Hargailah kebolehan diri sendiri.
* Terimalah kekurangan yang ada pada diri kita dengan hati yang terbuka.
* Bersyukur dengan nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t.
* Cintai diri sendiri.
* Terima segala kententuan Allah s.w.t ( Qada' dan Qadar Allah ).
* Luahkan perasaan dan menangis sepuas-puasnya di hadapan Allah s.w.t
* Buat solat hajat.
* Melihat ke arah lautan.
* Melihat ke arah pohon yang menghijau lebih-lebih lagi di waktu pagi.
* Melihat ikan yang sedang berenang.

Punca Kelemahan Seorang Pelajar


Setiap penyakit ada ubatnya. Begitu juga setiap kelemahan boleh diatasi dengan kemahuan dan kesungguhan. Sebelum itu mari kita sama-sama mengesan punca-punca kelemahan seseorang pelajar dalam pelajarannya:

* Ketiadaan semangat untuk belajar atau menuntut ilmu.
* Keciciran dalam pelajaran .
* Malas.
* Merasakan pelajaran itu tidak penting.
* Masalah keluarga yang menganggu tumpuan kepada pelajaran.
* Menghadapi masalah peribadi.
* Mempunyai persepsi yang negatif terhadap pelajaran.
* Mempunyai persepsi yang negatif terhadap diri sendiri.
* Tidak sihat jasmani.
* Tidak sihat rohani.
* Tidak ada semangat ingin berubah.

Friday, December 25, 2009

Kursus mencuri enjin jet


dari blog biaqpila


Sebuah syarikat pelabur di dalam sektor pembelian besi buruk dari luar negara akan mengadakan satu kursus mencuri enjin jet kepada syarikat bumiputera tempatan.Menurut sumber,kursus tersebut bakal diadakan pada suku ke enam tahun hadapan.

Menurut Ketua Pengarah Bukan Eksekutif Tapi Memakai Tali Leher, Mr John Kiss Banana kursus yang julung kali diadakan itu diadaptasi daripada kisah benar yang terjadi di negara ini.Kursus yang bakal diadakan kelak bakal melahirkan lebih ramai graduan yang mampu mencuri enjin jet pesawat yang lebih canggih daripada F5E.

Kursus yang bakal diadakan akan dikendalikan sepenuhnya tenaga pengajar tempatan yang diberi kepercayaan buat kali ke 18 oleh syarikat tersebut.

Menurutnya lagi,orang ramai yang berminat untuk mengikuti kursus ini bolehlah melayari bahtera menyusuri Sungai Kinabatangan dan bukannya melayari laman web sepertimana kehendak sesetengah portal berita.

-TAKBERNAMA

Adab ketika Malam Tiba

Diriwayatkan dari Jabir ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, “ketika malam turun, dekatkanlah anak-anak kalian kepadamu, karena waktu itu setan bertebaran. Sejam kemudian, kalian dapat melepaskan mereka; dan tutuplah pintu-pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah, padamkanlah lampumu dan sebutlah nama Allah, tutuplah minumanmu dan sebutlah nama Allah, tutuplah juga bejanamu dan sebutlah nama Allah, sekalipun hanya dengan meletakkan sesuatu di atasnya”.

Monday, December 21, 2009

updte

assalamualaikum..

sudah lama tidak meng'update' blog nie, insyaallah akan cube diupdate dalam mse terdekat..

"hatiku perlu diperbaiki"

SALAM MAAL HIJRAH

Tuesday, December 1, 2009

TAHUKAH ANDA?-




How many products are made with pig parts




Monday, November 16, 2009

Tuesday, October 20, 2009

Hatiku perlu dibaiki




Antara jenis hati ialah hati sihat, hati sakit dan hati mati. Punca-punca yang menyebabkan hati seseorang itu menjadi sakit ialah:

* Terlalu mencintai dan mengharapkan kehidupan duniawi. Ia sanggup menghabiskan waktu dan memerah akal fikiran untuk memikirkan keduniaan semata-mata tanpa mengambil kira akhirat yang pasti akan ditujuinya.

* Terlalu mengikut hawa nafsu. Manusia dianugerahkan akal fikiran , akal inilah yang akan mengawal dan memandu nafsu kita supaya berada pada landasan yang betul dan dibenarkan oleh syara'. Apabila hawa nafsu sudah mengawal akal kita maka pada saat itu rosaklah kehidupan kita.

* Selalu marah, ini kerana sifat marah dan taasub dengan nafsu menyebabkan seseorang itu tidak dapat membezakan antara yang hak dan batil serta tidak dapat membuat keputusan yang tepat dan benar.

* Suka kepada sifat menunjuk-nunjuk , suka menjadi orang yang disanjung dan menjadi ketua dalam segala hal.

* Terlalu banyak perdebatan dan percakapan yang tidak memberi faedah dan tidak kena-mengena dengan dirinya.

* Penyakit hasad dengki dan takabbur yakni sombong dan merasakan dirinya lebih daripada orang lain.

Cara-Cara Mengubatinya:

- Memperbanyakkan zikir kepada Allah s.w.t.
- Memperbanyakkan membaca al-Quran.
- Memperbanyakkan berdoa kepada Allah s.w.t.
- Berpuasa sunat.
- Berakhlak denganakhlak yang mulia.
- Berbuat baik kepada ibu bapa.
- Banyakkan bersedekah.

Semoga Allah s.w.t memberkatinya.

Sunday, October 4, 2009

AYAT2 ALLAH SWT DALAM GEMPA DI SUMATERA

Gempa dan Ayat-Ayat Allah Swt

Segala sesuatu kejadian di muka bumi merupakan ketetapan Allah Swt. Demikian pula dengan musibah bernama gempa bumi. Hanya berselang sehari setelah kejadian, beredar khabar—di antaranya lewat sms—yang mengkaitkan waktu terjadinya musibah tiba gempa itu dengan surat dan ayat yang ada di dalam kitab suci Al-Qur’an.

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi sms yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan sms tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kederhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini begitu menarik sekali.

Gaya hidup bermewah-mewah seolah disimbolisasikan dengan acara pelantikan anggota DPR yang memang WAH. Kedurhakaan boleh jadi disimbolkan oleh tidak ditunaikannya amanah umat selama ini oleh para penguasa, namun juga tidak tertutup kemungkinan kedurhakaan kita sendiri yang masih banyak yang lalai dengan ayat-ayat Allah atau malah menjadikan agama Allah sekadar sebagai alat untuk meraih kehidupan duniawi dengan segala kemewahannya (yang sebenarnya menipu).

Dan yang terakhir, terkait dengan “Fir’aun dan para pengikutnya”, percaya atau tidak, para pemimpin dunia sekarang ini yang bergabung dalam kelompok Globalis (mencita-citakan The New World Order) seperti Dinasti Bush, Dinasti Rotschild, Dinasti Rockefeller, Dinasti Windsor, dan para tokoh Luciferian lainnya yang bergabung dalam Bilderberg Group, Bohemian Groove, Freemasonry, Trilateral Commission (ada lima tokoh Indonesia sebagai anggotanya), sesungguhnya masih memiliki ikatan darah dengan Firaun Mesir (!).

David Icke yang dengan tekun selama bertahun-tahun meneliti garis darah Firaun hingga sekarang, dalam bukunya “The Biggest Secret”, menemukan bukti jika darah Firaun memang mengaliri tokoh-tokoh Luciferian sekarang ini seperti yang telah disebutkan di atas. Bagi yang ingin menelusuri keturunan darah Fir’aun tersebut hingga ke Dinasti Bush, silakan cari di www.davidicke.com (Piso-Bush Genealogy), dan ada pula di New England Historical Genealogy Society.

Nah, bukan rahsia lagi jika sekarang Indonesia berada di bawah cengkaman kaum NeoLib. Kelompok ini satu kubu dengan IMF, World Bank, Trilateral Commission, Round Table, dan kelompok-kelompok elit dunia lainnya yang bekerja menciptakan The New World Order. Padahal jelas-jelas, kubu The New World Order memiliki garis keturunan dengan Firaun. Kelompok Globalis-Luciferian inilah yang mungkin dimaksudkan Allah Swt dalam QS. Al Anfaal ayat 52 di atas. Dan bagi mendukung pasangan ini, mungkin boleh dipanggil sebagai “…pengikut-pengikutnya.”

Dengan adanya berbagai “kebetulan” yang Allah Swt sampaikan dalam musibah gempa kemarin ini, Allah Swt jelas hendak mengingatkan kita semua. Apakah semua “kebetulan” itu sekadar sebuah “kebetulan” semata tanpa pesan yang berarti? Apakah pesan Allah Swt itu akan mengubah kita semua agar lebih taat pada perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya? Atau malah kita semua sama sekali tidak peduli, bahkan menertawakan semua pesan ini sebagaimana dahulu kaum kafir Quraiys menertawakan dakwah Rasulullah Saw? Semua terpulang kepada diri kita masing-masing. Wallahu’alam bisowab. (Ridyasmara)

Sumber

Friday, September 25, 2009

Saudaraku

Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci.

Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat muhibah dan berbudilah bahasa setiap masa.

Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak.

Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau jahil. Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya.

Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu.


Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu.


Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu.

Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh dengan segala tipu helah.


Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu.


Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan pengorbanan. Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya.

Usah hidup berpura-pura.
Ambil pengajaran dari masa silammu.

Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci. Hargailah dirimu.

Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang tenang dan JIWA yang khusyuk.

Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini…. bertaffakurlah….
dan berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa

Saturday, September 19, 2009

SALAM EIDULFITRI


SEHARI SEBELUM RAYA : PERSIAP PERALATAN UNTUK MENGGEGAR MALAM RAYA

sedang berusaha mencari peralatan tuk buat meriam,, susah juga nak cari,, dapat buat meriam tin pun jadi la..
apa-apapun kepada semua pembaca, jangan jadi macam ana tetapi jadilah yang lebih baik dari ana(buat bom@yang lebih kuat dari meriam)..he3



salam lebaran dituju khas buat sahabat seperjuangan, rakan perkongsian kegembiraan,
1. rakan & guru-guru SK Tempasuk Satu, Sabah
2. rakan & guru-guru SK Ulu Bernam, Selangor
3. rakan & guru-guru SK Aminuddin Baki, Slim River
4. rakan serta pensyarah SMK Dato'Zulkifli Muhammad, Slim River
5. sahabat seperjuangan SM Teknik Persiaran Brash Ipoh (Brashian)
6. sahabat seperjuangan di Kolej Matrikulasi Perak
7. ikhwah BS
8. semua pensyarah Kolej Matrikulasi
9. serta sesiapa yang mengenali diriku yang kecil ini



(Brashian)


(sahabat seperjuangan matrikulasi)

Friday, September 18, 2009

road to KLIA

14 sept 2009

2 orang sahabat ana akan berlepas ke negeri anbiya, so ana dan sahab
at lain merancang tuk menghantar mereka di KLIA. Ana bergerak ke rawang menaiki motor AGA 2771 yang telah pada memberi khidmat pada diri ini selama hampir 3 tahun, keluar masuk kem, pergi KL, sumua diredah walau tidak sehebat mana.
perjalanan dimulai jam 2ptg sejauh hampir 170km dengan kelajuan 120km/j ke rumah Zulwafi di rawang kerana hendak pergi ke KLIA bersama. bawa mtor slow n steady coz masih awal lagi, sampai ke rumah wafi pada jam 6.30ptg. sembang dan trus sembang sehingga buka dengan family beliau. then pi amik saudara Fazli di Antara Gapi(pelik gak namanye..he2).

disamping en.bahaudin & anaknya

bertolak untuk ke KLIA pada jam 8.15mlm. Mula-mula nak konvoi dengan family Rabia'tul dari Shah Alam seksyen 18 tapi meraka bertolak jam 9.30, sempat ke? wafi kata sempat nih, kita deras sikit. sampai Shah Alam dah tidak tau mana nak gi, ades berat nih...pusing-pusing area2 tol Batu 3, ingat konvoi tue lalu tol tu tp idok le camtu jadinya, deme lalu trus k tol sepang.. tak jadi la konvoi, pegi sendiri la jawabnya..

singgah solat tarawikh d' hentian R&R Dengkil

da sampy : afiq,ana & fazli

bersama Ust Yaakub

Ukht Rabia'tul bersama familynya

setelah Saudari Banan & Rabia'tul msuk k balai pelepasan kami pun bersurai mengikut hala tuju masing-masing. pukul 8.00pg ada klas pukui bpe nk blk eh..pening2, mata lak ngantok..
Sampai rumah wafi lbh krg jam 4.30 pagi, ana minta dia kjut jam 5 coz jauh lagi perjalanan ana..tido punya tido, 6.30pg baru terjaga..lewat nih...

selesai solat subuh berjamaah dengan wafi ana trus capai motor, pe lagi merempit la pepagi tue, dengan udara yang nyaman lagi sejuk menyebabkan nak ja tido atas motor..dlm perkiraan mmg x smpat sampai sebelum 8pg, abih la tercalar rekod kehadiran... untuk mengelak traffik light n jam, ana msuk hingway,,tanpa disangka-sangka motor ana dapat mencapai kelajuan 140km/j. puas hati kalo gitu, x pernah bole cecah angka 140..

apapun ana x sempat msuk kelas jam 8pg n trus msuk kelas ke-2 jam 9-10pg tapi lewat 30minit msuk coz sampy pun dalam 9.20pg..mase msuk kelas classmates pandang ja, tapi buat tak tau ja..he3, ana dapat abihkan tugasan dalam setengah jam, then sape da siap ley kuar,,memang puas hati tuk kali ke-2,, member lain cemburu kot, da la dtg lewat balik awal lak..memang x patut...

sekian sahaja coretan kali ini..


Sunday, September 13, 2009

ramadhan - revise

assalamualaikum..


dah lame jari-jemari nie tidak bergerak-gerak atas keyboard, kekangan penggunaan kmudhn dan kmundurn idea penyebab mengapa blog nie tampak kesunyian dr membicara kmshlatan umat, bicara IMAN & TAQWA, amal islami, perkembangan haraki dan lain2.

insyaallah kesempatan yang ada akn dipergunakn sebaik mungkin untuk mengupdate blog nie.

Ramadhan kini meniti hari2 pengakhirannya, suatu jangka masa yang mendukacitakn bagi mereka yang mengetahui kerana semakin kesuntukan masa untuk mengejar cita2 yang jarang diperolehi dlm 11 bulan sebelumnya, pengikat hubungan antara manusia dgn khalik.


sekadar peringatan :

  • adakah ramadhn kali ini lebih baik@ sama shj dgn y lepas?
  • revise kmbali adakh segala amaln kita semata-mata mencari redho sang pencipta?
  • selami kmbali maksiat y tlh kita lakukan melalui hati & keimanan, jgn menginsafi diri hya skadar di ingatan(mengingat dosa lalu).
  • sebaik mana tingkatan ibadah kita? adkh cukup skadr yang wajib?
  • perkara sunat adalah pelengkap yang wajib - yang mana kita selalu dahulukan?
  • Bagaimana hubungan kita dgn manusia dlm “bulan yang panas ini”
  • Sudahkah kita ditarbiyyah sepenuhnya dalam madrasah tarbiyyah ramadhan ini? Akidah, akhlak kita bagaimana?

Ini kerana tarbiah bukan untuk melahirkan pejuang haraki yang tumpas dengan nafsu. Luarannya kuat berjihad sedangkan hatinya diulik keasyikan nafsu

ingatkan kamu pesan ulama Rabbani, jangan kamu menanam pohonan syurga dengan benih-benih neraka.

Mengerjakan solat dengan kesungguhan tetapi tahajud langsung tidak membantu mendekatkan diri kepada Allah. Hanya tahajud, hanya gerakan badan, sedangkan hati tidak bersama-sama. Hanya bangun di malam hari sedangkan simbahan cahaya pada mata hati redup sekali. Bacaan al-Quran yang hanya menjadi gerakan bibir dan basahan lidah sedangkan akal tidak mengerti dan jiwa semakin kontang. Hanya zikir yang terlafaz sedangkan mata tidak menangis. Hanya merenung dosa dengan ingat-ingatan bukannya dengan jiwa dan rasa mendalam.


Sunday, August 23, 2009

RAMADHAN

assalamualaikum...

kepada semua teman & taulan

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK"

SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA. TETAPKAN DIRI UNTUK MENDAPATKAN HASIL DI AKHIR RAMADHAN IAITU KETAQWAAN KEPADA SANG PENCIPTA YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG.

PERBANYAKKANLAH AMALAN HARI INI & JANGAN MENUNGGU SEHINGGA ESOK, KUATKAN NEKAD UNTUK SOLAT TAHAJJUD SETIAP MALAM...

SEMOGA KITA BERADA DALAM NAUNGAN RAHMAT-NYA

Thursday, August 13, 2009

ust asri ibrahim-rabbani

Oleh : Ahmad Baei Jaafar

Inna lillah wa inna ilaihi rajiun, itu sahaja yang boleh diucapkan dengan pemergian ustaz Asri bin Ibrahim. Beliau yang terjatuh di RTM di satu persembahan sempena sambutan Idulfitri pagi ini disahkan meninggal di Hospital Pantai jam 10.30 pagi.
Pemergiannya tidak disangka-sangkakan kerana tidak pernah tahu bahawa beliau sakit jantung. Saya mengenali beliau sewaktu masih kecil sebagai budak baik sewaktu mengajarnya di sekolah dahulu. Beliau adalah anak murid paling baik dan berakhlak. Tetapi setelah menjadi terkenal dalam kumpulan nasyid dia adalah rakan saya yang amat dikagumi.

Menurut rakan-rakannya yang lain beliau adalah seorang yang warak, tidak pernah dilihat meninggalkan solat malam walaupun sibuk dan letih dengan persembahan.
Al-Fatihah buat, Ustaz Asri Bin Ibrahim - Rabbani semoga rohnya dirahmati Allah.
Kepada isteri dan anak-anaknya, bersabarlah dengan ujian ini dan ingatlah Allah sayangkannya.

Monday, July 13, 2009

konsert vs konsert


VS





ERM, TARIKH KEDUA-DUA KONSERT ADALAH SAMA ( 1 OGOS), MASA PUN SAMA TEMPAT JA YANG BERBEZA..
SO, SEBAGAI SEORANG MUSLIM YANG PRIHATIN PILIHLAH JALAN YANG SEBENAR-BENARNYA... TAKBIR!!
ISLAMIC VS NON-ISLAMIC


HALAWATUL IMAN : MARILAH PAKAT RAMAI-RAMAI
PENUHI STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM
DALAM KONSERT ANTARA DUNIA