Tuesday, May 5, 2009

DAHULUKAN YANG DAHULU

apabila tangan mula menaip...

Manusia sering berpendapat, kita akan terkongkong atau hilang kebebasan bila ikut dengan syariat/peraturan hidup yang telah ALLAH aturkan. Padahal dalam kehidupan manusia tidak lepas dari syariat. tidak boleh tidak kita mesti mematuhinya. Bila kita membelakangkannya ertinya we follow the human rule. Bahkan di dalam rumah atau keluarga kita pun tidak lepas daripada perkara tersebut. Kalau kita pindah ke rumah orang lain pun akan ada peraturan. Tentu kita akan lebih suka dengan peraturan yang dibuat oleh ayah kita di rumah daripada peraturan yang dibuat dalam rumah orang lain.

Misalnya kita berada di rumah kita sendiri, tentulah program dalam rumah itu kita yang buat. Kalau kita pergi ke rumah orang lain,, tentu pengaturcaraanya berlainan dengan di rumah kita. nak bergerak bebas dalam rumah pun rase segan/malu/takut DLL. Apakah sama perasaan kita berada di rumah sendiri dengan berada di rumah orang lain? its better our house. Jadual hidup kita pun akan berbeza, di rumah sendiri dengan di rumah orang lain. Kalau kita paksa jadual hidup kita digunakan di rumah orang lain,,parah jadinya..bole buat gaduh..X pasal2 boleh X bertegur sapa pas tue..

Kalau dunia ini kita rasakan kepunyaan kita, waktu yang 24 jam itu juga kepunyaan kita, kita yang mengatur, itulah yang membuat kita hidup di dunia ini tidak tenang, susah, gopoh dsb. Itu yang membuat kita tidak stabil. This World is belong to The Almighty(ALLAH), masa adalah kepunyaan-Nya, kita hanya menggunakannya sahaja.

Padahal diri kita dan apa pun yang berkaitan dengan diri kita, bukan kita yang tentukan. Bahkan kita tidak tahu apa yang akan terjadi sedetik lagi, apa lagi untuk yang 1 hari, 1 minggu, 1 tahun, tentu kita lebih tidak tahu. Kalau pun kita cuba mengatur, kadang yang terjadi tidak sesuai dengan apa yang kita rencanakan.
segalanya telah tertulis di luh mahfuz

Ada orang yang beralasan sibuk dengan kerja, hingga merasa takut terikat dengan peraturan ALLAH. Padahal dia menjadi sibuk karena menolak peraturan ALLAH. Dia sibuk memburu cita-citanya, wang, harta, pangkat dll. Hingga hilang ketenangan. Padahal dalam dia memburu cita-citanya itu pun diikat oleh peraturan di pejabat, di rumah, di jalan raya dll. Kalau cita-cita kita adalah untuk mendapatkan redha ALLAH, maka kesusahan yang menimpa pun terasa bahagia. Bahkan mati kerana ALLAH pun akan bahagia. Kalaupun ada kesusahan dalam memburu Tuhan terasa bahagia.

Kata-kata syed qutb..

Sesiapa yang mencintai Allah, pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka, jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia batinnya dengan Allah. Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan

Sebab itu penting untuk mengenal Tuhan agar tahu siapa Tuhan, siapa diri kita. Kalau tak kenal Tuhan, tak kenal diri kita. Walaupun kita tidak menyebut diri kita Tuhan tetapi tanpa sedar kita berlagak seperti Tuhan. Kalau kita memahami bahawa dunia ini Tuhan yang punya, dan ikut dengan perancanaan Allah tentu manusia akan hidup teratur, aman, damai.

Sesuaikan hidup dengan jadual ALLAH.

Allah telah memberi kita jadual yang sempurna. Bangun sebelum subuh, kemudian solat sunat 2 rakaat. Setelah itu solat subuh dan elok jangan tidur setelah subuh sebab akan menumpulkan fikiran. Kalau pun hendak tidur, setelah terbit atau tinggi matahari.

Tapi bagi orang yang masih muda, masih cergas, waktu itulah dia pergi kerja, sebab tenaga dan fikiran masih segar. Menjelang pukul 11 pagi, tidur Qailullah. Setengah jam sebelum zuhur bangun dan bersiap solat zuhur. Setelah solat zuhur sambung kerja dan solat asar. Setelah asar tidak dibenarkan tidur, makruh, dapat melemahkan fikiran. Kalau pun ingin beristirehat, sambil membaca, berkebun dll. 30 minit sebelum maghrib bersiaplah untuk solat maghrib. Kalaulah manusia membuat program untuk hidup mereka disesuaikan dengan jadual Tuhan, hidup akan teratur, tenang dan bahagia.

Syaratnya mestilah kita kenal dengan ALLAH. its same like if we don't know ourself how we can change what was wrong

Hamba ALLAH yang sebenarnya, bangun tidur walaupun dia belum buat dosa, terus ingat dosa. Sayidina Umar, walaupun dikatakan oleh Rasulullah SAW kalau ada nabi lagi setelah aku, maka Umar menjadi nabi, dan kalau Saidina Umar melalui di satu jalan, maka syaitan tidak lalu di jalan itu, tetapi hati Saidina Umar makin takut dengan ALLAH. Ketika mengambil air wudhu mukanya sudah pucat.

itulah sifat ketaqwaan yang perlu ada dalam setiap diri seorang MUSLIM, walaupun dekat dengan ALLAH tetapi dia rasa jauh dengan ALLAH dan sering igin mendekatkan lagi dirinya dengan Pencipta-Nya


"Ya Allah Anugerahkanlah kepadaku rasa takut, anugerahkanlah rasa cinta pada Mu dan cinta Mu pada ku. anugerahkan rasa redha aku terhadap Mu dan redha Mu terhadap ku. aku mengharap Rahmat Mu tuhan. Ya Allah atas kesalahan ku ampunilah aku"

Monday, April 27, 2009

Bab 1 : Aqidah & Perjuangan

Diambil dari buku Aqidah & Perjuangan (Ust Fadzil Noor)

Pengertian

dari segi bahasa : satu ikatan yang mengikat sesuatu kepada sesuatu yang lain. Perkataan 'aqada dalam bahasa arab beerti mengikat. 'Aqidah merupakan satu ikatan keyakinan yang mengikat diri, pemikiran, hati seseorang dengan satu keyakinan dan dengan itu kehidupannya menjadi satu kehidupan yang terarah dan terpimpin. 'Aqidah telah mengikat seseorang Muslim itu untuk hidup berasaskan kepada dasar2 keyakinan yang disebut sebagai “Iman”.

Orang yang beriman beerti telah bersikap jujur terhadap dirinya kerana dia telah meletakkan dirinya pada tempat yang betul dan tidak mengkhianati dirinya. Dia beriman kepada Allah dan akibatnya akan mendapat kesejahteraan. Seseorang yang kufur kepada Allah ialah seorang yang mengkhianati dirinya kerana ia telah meletakkan dirinya bukan pada tempatnya yang betul dan telah mengkhinati dan menzalimi dirinya.

Demikian Islam menentukan atau memilih perkataan2 ini untuk dijadikan satu istilah bagi menggambarkan dasar hidup seseorang Muslim. Ia menunjukkan bahawa ‘aqidah Islamiyyah bukanlah satu keyakinan kosong, tetapi sebaliknya ia merupakan satu keyakinan dan keimanan yang didasarkan pada rukun2 yang kukuh yang disebut sebagai “arkanul iman”. ‘Aqidah Islamiyyah yang berteraskan kepada rukun2 ini sekaligus menggambarkan satu kefahaman yang sejagat atau universal di mana setiap peribadi manusia berhak menyertai ‘aqidah ini dan berada dalam ikatannya. Ia adalah merupakan rukun2 yang tidak terikat dengan benda, masa, bangsa, ataupun tempat

manusia..oh..manusia

4 macam manusia

Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagia kepada empat macam, iaitu :

  • Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.
  • Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.
  • Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.
  • Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.
p/s : dimanakah kita
tepuk dada tanya jiwa
dan tanyalah iman

Thursday, April 23, 2009

10 Muwasofat Fardul Muslim

Salam Ukhwah...

10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.

Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini
'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami'


1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

3. Akhlak yang mantap (Matiinul Khuluq)
· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan daie iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

4. Mampu berusaha (Qaadiran ala Kasbi)
· Walaupun kaya, perlu bekerja.
· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
· Menjauhi riba dalam semua lapangan.
· Menyimpan untuk waktu kesempitan.
· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)
· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
· Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan
· Pesanan al-Banna:
Memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
· Daie mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak
biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
· Daie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
· Daie adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada daie.
· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
· Daie merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah

Tuesday, April 7, 2009

jangan kita lupa..boikot!!

Assalamualaikum..w.b.t

di dada akhbar kala ini penuh mengenai pilihanraya di 3 kawasan, x cukup dengan dengan itu media alternatif seperti web dan blog semua menceritakan mengenai perkara yang sama. setiap kali berita pun tentang pilihanraya juga..

sayang sekali perkara mengenai palestin telah terabai buat seketika, apa yang terjadi di SANA?? dimana kesensiviti terhadap palestin?

jika pakatan rakyat menang dengan majoriti tinggi, rasanya kisah sedih palestin ini semakin jauh dari hati orang yang bersemangat sewaktu kezaliman zionis menghancurkan harapan rakyat palestin(atas dasar semangat)

harapnya semua orang akan kembali sedar dari lamunan mimpi ini...

teruskan memboikot barangan yang menyumbang kepada yahudi..ihzimhum

boikot motorola kerana membekalkan fius bom kepada Israel !

Motorola telah menjual satu unit kontroversial yang menghasilkan fius-fius bom dan peralatan lain untuk tentera Israel, menurut laporan sebuah akhbar kewangan Israel , Globes . Tidak penjelasan yang telah ditawarkan dalam laporan media tentang jualan oleh Motorola Israel — sebuah anak syarikat milik penuh Motorola — bagi unitnya yang dipanggil Government Electronics Department (GED) untuk syarikat Israel , Aeronautics Defense Systems Ltd

Jualan itu datang sehari selepas bantahan 30 Mac kempen boikot Isarel di Brooklyn anjuran The New York Campaign untuk Boycott Israel (NYCBI) memulau Motorola kerana sokongannya terhadap dasar aparteid Israel. Ryvka Bar Zohar daripada NYCBI berkata , “Kita akan lebih bersemangat sekiranya Motorola menyingkirkan sekurang-kurangnya pengeluaran fius-fius bom bom-bom yang Israel gunakan kepada penduduk Palestin dan rakyat Lebanon. Tetapi kita akan terus berkempen untuk memulau Motorola sehingga mereka menyingkirkan pengeluaran dan jualan bagi semua produk yang menyokong dasar aparteid Israel.”

sumber : http://electronicintifada.net/v2/

Wednesday, April 1, 2009

Cukup sekadar ini

''Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu
terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke
dalam air begitu saja.Karena ia akan sakit oleh karena bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan
menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak
pengharapan kepada seseorang.Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu
menjaga hatinya.Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu
saja karena dia akan terluka oleh kenangan
bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan
segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan
janganlah menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila sekali ia retak tentu sukar untuk kamu menambalnya semula, akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu coba membaikinya mungkin
ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,terimalah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.
Anggaplah dia manusia biasa.

Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya, akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan, berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu
akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang kamu pasti membawa
kebaikan kepada dirimu, Menyayangimu, Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu
mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia
menjadi milik orang lain, kamu juga yang akan
menyesal...''

sekadar mengingatkan yang alpha..
[HATIKU YANG KECEWA]
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH