Ya Allah, Aku memohon perlindungan dariMu Ya Allah... Sesungguhnya aku hamba Mu yang lemah.... aku harap dapat melalui hidup ini dengan seribu ketakwaan, kesabaran...
Ujian apakah ini Ya Allah.... Aku tidak harus mempersoalkannya.. Ampunkan aku Ya Allah...
Andai ini yang terbaik untuk ku Ya Allah... Jika ini jalan untuk ku Ya Allah.. Aku Redha Ya Allah..
Cinta Mu cinta yang kekal Ya Allah.. Aku selalu dikhianati oleh cinta manusia cinta ikhlas ku dibalas dusta oleh manusia.. Hanya cinta Mu Ya Allah.. Yang kekal Selamanya..... Moga aku bahagia dengan Cinta Mu Ya ALLAH
halatul iman : teguhkanlah cintamu wahai manusia pada cinta yang hakiki
Kelapa tua. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.
Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topic perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.
Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.
Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.
Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.
Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyakkoyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk.Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.
Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.
Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.
Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.
Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.
Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:
“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?”
Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.” Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.
Orang kata, “Oh! Sedap gulai ni.” “Oh! Sedap ikan bawal ni.”
Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk ta’abbud kepada ALLAH. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian ALLAH!
halawtul iman :jadilah manusia yang tangan kanannya memberi
tetapi tangan kirinya tidak mengetahui dan bukannya baling batu sorok tangan( ape kaitannya? pikirr-pikir lah)
Saudaraku, Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci.
Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat muhibah dan berbudilah bahasa setiap masa.
Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak.
Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau jahil. Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya.
Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu.
Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu.
Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu.
Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh dengan segala tipu helah.
Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu. Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan pengorbanan. Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya. Usah hidup berpura-pura. Ambil pengajaran dari masa silammu. Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci. Hargailah dirimu.
Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang tenang dan JIWA yang khusyuk.
Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini…. bertaffakurlah…. dan berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa
A tеnse standoff hаs developed іn waters off Somalia ovеr аn Iranian merchant ѕhip lаden wіth a mysterious ϲargo thаt wаs hijacked bу pirates.
Somali pirates suffered ѕkin burnѕ, loѕt hаir аnd fеll gravely іll “within dаys” of boarding thе ΜV Ιran Deyanat. Ѕome of thеm dіed.
Andrew Mwangura, thе director of thе Εast African Seafarers’ Assistance Programme, told thе Sunday Τimes: “Wе don’t know exactly how mаny, but thе information thаt I аm getting іs thаt ѕome of thеm hаd dіed. Τhere іs something vеry wrong аbout thаt ѕhip.”
Τhe vessel’s declared ϲargo consists of “minerals” аnd “industrial products”. Βut officials involved іn negotiations ovеr thе ѕhip аre convinced thаt іt wаs sailing for Eritrea to deliver ѕmall аrms аnd chemical weapons to Somalia’s Islamist rebels.
Sounds lіke symptoms of radiation poisoning!
Τhe ѕhip іs ownеd аnd operated bу thе Islamic Republic of Ιran Shipping Ⅼines, or ΙRISL, a ѕtate-ownеd company run bу thе Iranian military.
Τhe ѕhip ѕet ѕail from Nanjing, Сhina, аt thе еnd of Јuly. According to іts manifest, іt wаs heading for Rotterdam whеre іt would unload 42500 tonѕ of іron orе аnd “industrial products” purchased bу a German client.
Αt Εyl, thе ѕhip wаs secured bу morе pirates - аbout 50 on boаrd, аnd another 50 on ѕhore.
Βut within dаys thoѕe who hаd boarded thе ѕhip developed mysterious health trouble
Manusia sering berpendapat, kita akan terkongkong atau hilang kebebasan bila ikut dengan syariat/peraturan hidup yang telah ALLAH aturkan. Padahal dalam kehidupan manusia tidak lepas dari syariat. tidak boleh tidak kita mesti mematuhinya. Bila kita membelakangkannya ertinya we follow the human rule. Bahkan di dalam rumah atau keluarga kita pun tidak lepas daripada perkara tersebut. Kalau kita pindah ke rumah orang lain pun akan ada peraturan. Tentu kita akan lebih suka dengan peraturan yang dibuat oleh ayah kita di rumah daripada peraturan yang dibuat dalam rumah orang lain.
Misalnya kita berada di rumah kita sendiri, tentulah program dalam rumah itu kita yang buat. Kalau kita pergi ke rumah orang lain,, tentu pengaturcaraanya berlainan dengan di rumah kita. nak bergerak bebas dalam rumah pun rase segan/malu/takut DLL. Apakah sama perasaan kita berada di rumah sendiri dengan berada di rumah orang lain? its better our house. Jadual hidup kita pun akan berbeza, di rumah sendiri dengan di rumah orang lain. Kalau kita paksa jadual hidup kita digunakan di rumah orang lain,,parah jadinya..bole buat gaduh..X pasal2 boleh X bertegur sapa pas tue..
Kalau dunia ini kita rasakan kepunyaan kita, waktu yang 24 jam itu juga kepunyaan kita, kita yang mengatur, itulah yang membuat kita hidup di dunia ini tidak tenang, susah, gopoh dsb. Itu yang membuat kita tidak stabil. This World is belong to The Almighty(ALLAH), masa adalah kepunyaan-Nya, kita hanya menggunakannya sahaja.
Padahal diri kita dan apa pun yang berkaitan dengan diri kita, bukan kita yang tentukan. Bahkan kita tidak tahu apa yang akan terjadi sedetik lagi, apa lagi untuk yang 1 hari, 1 minggu, 1 tahun, tentu kita lebih tidak tahu. Kalau pun kita cuba mengatur, kadang yang terjadi tidak sesuai dengan apa yang kita rencanakan. segalanya telah tertulis di luh mahfuz Ada orang yang beralasan sibuk dengan kerja, hingga merasa takut terikat dengan peraturan ALLAH. Padahal dia menjadi sibuk karena menolak peraturan ALLAH. Dia sibuk memburu cita-citanya, wang, harta, pangkat dll. Hingga hilang ketenangan. Padahal dalam dia memburu cita-citanya itu pun diikat oleh peraturan di pejabat, di rumah, di jalan raya dll. Kalau cita-cita kita adalah untuk mendapatkan redha ALLAH, maka kesusahan yang menimpa pun terasa bahagia. Bahkan mati kerana ALLAH pun akan bahagia. Kalaupun ada kesusahan dalam memburu Tuhan terasa bahagia.
Kata-kata syed qutb..
Sesiapa yang mencintai Allah, pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka, jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia batinnya dengan Allah. Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan
Sebab itu penting untuk mengenal Tuhan agar tahu siapa Tuhan, siapa diri kita. Kalau tak kenal Tuhan, tak kenal diri kita. Walaupun kita tidak menyebut diri kita Tuhan tetapi tanpa sedar kita berlagak seperti Tuhan. Kalau kita memahami bahawa dunia ini Tuhan yang punya, dan ikut dengan perancanaan Allah tentu manusia akan hidup teratur, aman, damai.
Sesuaikan hidup dengan jadual ALLAH.
Allah telah memberi kita jadual yang sempurna. Bangun sebelum subuh, kemudian solat sunat 2 rakaat. Setelah itu solat subuh dan elok jangan tidur setelah subuh sebab akan menumpulkan fikiran. Kalau pun hendak tidur, setelah terbit atau tinggi matahari.
Tapi bagi orang yang masih muda, masih cergas, waktu itulah dia pergi kerja, sebab tenaga dan fikiran masih segar. Menjelang pukul 11 pagi, tidur Qailullah. Setengah jam sebelum zuhur bangun dan bersiap solat zuhur. Setelah solat zuhur sambung kerja dan solat asar. Setelah asar tidak dibenarkan tidur, makruh, dapat melemahkan fikiran. Kalau pun ingin beristirehat, sambil membaca, berkebun dll. 30 minit sebelum maghrib bersiaplah untuk solat maghrib. Kalaulah manusia membuat program untuk hidup mereka disesuaikan dengan jadual Tuhan, hidup akan teratur, tenang dan bahagia.
Syaratnya mestilah kita kenal dengan ALLAH. its same like if we don't know ourself how we can change what was wrong
Hamba ALLAH yang sebenarnya, bangun tidur walaupun dia belum buat dosa, terus ingat dosa. Sayidina Umar, walaupun dikatakan oleh Rasulullah SAW kalau ada nabi lagi setelah aku, maka Umar menjadi nabi, dan kalau Saidina Umar melalui di satu jalan, maka syaitan tidak lalu di jalan itu, tetapi hati Saidina Umar makin takut dengan ALLAH. Ketika mengambil air wudhu mukanya sudah pucat.
itulah sifat ketaqwaan yang perlu ada dalam setiap diri seorang MUSLIM, walaupun dekat dengan ALLAH tetapi dia rasa jauh dengan ALLAH dan sering igin mendekatkan lagi dirinya dengan Pencipta-Nya
"Ya Allah Anugerahkanlah kepadaku rasa takut, anugerahkanlah rasa cinta pada Mu dan cinta Mu pada ku. anugerahkan rasa redha aku terhadap Mu dan redha Mu terhadap ku. aku mengharap Rahmat Mu tuhan. Ya Allah atas kesalahan ku ampunilah aku"