Oleh : Ahmad Baei JaafarInna lillah wa inna ilaihi rajiun, itu sahaja yang boleh diucapkan dengan pemergian ustaz Asri bin Ibrahim. Beliau yang terjatuh di RTM di satu persembahan sempena sambutan Idulfitri pagi ini disahkan meninggal di Hospital Pantai jam 10.30 pagi.
Pemergiannya tidak disangka-sangkakan kerana tidak pernah tahu bahawa beliau sakit jantung. Saya mengenali beliau sewaktu masih kecil sebagai budak baik sewaktu mengajarnya di sekolah dahulu. Beliau adalah anak murid paling baik dan berakhlak. Tetapi setelah menjadi terkenal dalam kumpulan nasyid dia adalah rakan saya yang amat dikagumi.
Menurut rakan-rakannya yang lain beliau adalah seorang yang warak, tidak pernah dilihat meninggalkan solat malam walaupun sibuk dan letih dengan persembahan.
Al-Fatihah buat, Ustaz Asri Bin Ibrahim - Rabbani semoga rohnya dirahmati Allah.
Kepada isteri dan anak-anaknya, bersabarlah dengan ujian ini dan ingatlah Allah sayangkannya.