Wednesday, June 3, 2009

roti oh roti

pagi nie ana pi beli roti canai d kdai mamak tuk umi and adik, buat sarapan pagi sblum umi pi ajar tuisyen kt sekolah..pastue yang si adik nie x lalu la nk makan, kenyak la katanya, so dia pas roti tu pada ana,,tapi mkn sat lagi ja la, tgh menyibukkn diri meneruskan tesis yang tergendla.

sampy la tgh hari baru nk makn roti, ana makn memang lambt, so mse mkn tue umi ana pun sampy umah, then dia bgtau mse dia singgah umah kwn ade anak shabat tu (malik namanya) bgtau yang dia penah nampak mamak yang buat roti canai kt restoran tue penah pegang anjig. Ha? pegang anjing? mse tue jga ana muntahkn balik roti yang ana makan,, masyaallah, betul ka nie tanya ana pd umi.

umi bgtau mmg btul, cume x tau which one of the penebar roti yang terlibat. pas mamak tu pegang anjing trus sambung buat roti canai, kata malik. Patut la dah lama ana x melihat keluarga si malik makan di kdai mamak tu. rupenya ini yang berlaku. SUMPAH laknat, pasni ana x nk mkn kt kdai mamak tu lagi, minum ja..

adakh kita sedar dengan makanan yang dibuat di restoran? adakah ianya mengikut kehendak syarak? jangan kerana mau kenyangkn perut, semua ibi x diambil pusing...WA

halawatul iman : ingatlah bahawa makanan yang haram & syubhah kan mnjadi daging
dan mnjadi bahan bakar api neraka


Tuesday, June 2, 2009

hidup berjamaah


semalan selepas solat asar abi ana mendapat panggilan dari sahabatnya bahawa salah seorang sahabatnya mengalami kemalangan di chenderong balai,, so sahabat tue msuk hospital kt kg gajah,,so abi ana diminta tuk membawa isteri sahabat tue pe menjenguk suaminya di hospital. dh mcm cab la pulak.

erm,,bg ana pe esk ja la,, kn dah nk mlm dan jauh perjalanan tue..

tapi kerana idup dalam berjamaah parent ana dan sahabatnya lain bergegas pi ambil si isteri sahabat yg eksident tue tuk dibawa ke hospital..ish x letih k? hati ana berkata..semalam dah berjaln jauh mlm nie pun pi jln jauh lg.. pas tue tgh malam baru balik...

itulah kemanisan dan hikmah hidup secara berjamaah,,walaupun diminta pergi ke suatu tempat yang jauh pun akan dilaksanakan. Tiada rungutan dan bantahan. Setiap arahan pimpinan diikuti dengan sabar..

ABI,,insyaallah ana akan menjadi seperti abi, berjuang dalam jamaah di lapangan ana sendiri.


halatul iman : berjamaah itu rahmat,
berpecah-belah itu azab
(riwayat baihaqi)

Monday, June 1, 2009

jam 12.30 pagi

pagi tadi lebih kurang jam 12.30pagi ana dan abi pi keluar minum..maklumlah nk merefrsh balik mata yang dah ngantuk dengan perjalanan yang jauh..padahal restoran tue dkt ja ngan umah, baik balik tido trus,,tapi da diajak singgah minum, pe lagi bedal saje la..he3

sampy kt restoran 2 ada la kwn2 abi ana tgh ‘melepak’ pekena teh tarik, ana order susu lembu (minuman feveret kalo kdai mamak)..duk kt situ cam batu ja dgar orang2 tua bersembng,, huh dengar ja la…

then dtg sowg pakcik,,kwn abi la juge..blom smpat order minum dia dh mule bersyarah..menarik gak idea dia..mule2 bab politik, pastue msuk bab ekonomi lak, then msalah social,,pak cik tue bgtau yg dia suka buat kaji selidik tentang sesuatu perkara. Antara yg best dia cakap bebudak melayu khususnya suka mengatakn dirinya samseng walhal deme xtau pe maksud samseng, SAMSENG dari 2 perkataan bhsa cina sam bermksud 3 dan seng brmksud bintang, so bile gabung jadi bintang tiga,, komunis la jwbnyer..xkn nk gelar diri sndri komunis?

Lagi satu pakcik tue bgtau yang asal usul karnival yg selalu kita gne tuk event besar cam karnival jomheboh dll digunakn di afrika,, iaitu suatu majlis bertukar isteri, mu amik bini aku, aku amik bini mu untuk malam nie @ erti kata laen bertukar-tukar pasangan…

Begitulah jahilnya manusia yang menggunakan sesuatu perkataan tanpa pengetahuan,, rasa sedap dengar kita guna, kalu x sedap x yah guna…

halawatul iman : Kerana itulah bahasa rasmi untuk

umat islam adalah bahasa arab…WA

Sunday, May 31, 2009

Ya Allah, Berikan Aku Kekuatan

Ya Allah,
Aku memohon perlindungan dariMu Ya Allah...
Sesungguhnya aku hamba Mu yang lemah....
aku harap dapat melalui hidup ini dengan seribu ketakwaan, kesabaran...

Ujian apakah ini Ya Allah....
Aku tidak harus mempersoalkannya..
Ampunkan aku Ya Allah...

Andai ini yang terbaik untuk ku Ya Allah...
Jika ini jalan untuk ku Ya Allah..
Aku Redha Ya Allah..

Cinta Mu cinta yang kekal Ya Allah..
Aku selalu dikhianati oleh cinta manusia
cinta ikhlas ku dibalas dusta oleh manusia..
Hanya cinta Mu Ya Allah..
Yang kekal Selamanya.....
Moga aku bahagia dengan Cinta Mu Ya ALLAH


halatul iman : teguhkanlah cintamu wahai manusia
pada cinta yang hakiki

Saturday, May 30, 2009

kelapa tua

Kelapa tua. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.

Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topic perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami
perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam
tu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyakkoyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk.Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah
isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke
seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?”

Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”
Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.

Orang kata, “Oh! Sedap gulai ni.”
“Oh! Sedap ikan bawal ni.”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk ta’abbud kepada ALLAH. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian ALLAH!

halawtul iman : jadilah manusia yang tangan kanannya memberi
tetapi tangan kirinya tidak mengetahui
dan bukannya baling batu sorok tangan( ape kaitannya? pikirr-pikir lah)

Tuesday, May 26, 2009

motivasi saudaraku

Saudaraku,
Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci.

Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat muhibah dan berbudilah bahasa setiap masa.

Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak.

Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau jahil. Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya.

Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu.

Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu.


Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu.

Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh dengan segala tipu helah.


Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu.


Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan pengorbanan. Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya.

Usah hidup berpura-pura.
Ambil pengajaran dari masa silammu
.

Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci. Hargailah dirimu.

Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang tenang dan JIWA yang khusyuk.

Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini…. bertaffakurlah….
dan berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa


Tuesday, May 5, 2009

Somali Pirates Dying Strangely From Iranian Cargo

lets tаlk аbout аn interesting wаy to expose whаt Ιran іs doіng:

A tеnse standoff hаs developed іn waters off Somalia ovеr аn Iranian merchant ѕhip lаden wіth a mysterious
ϲargo thаt wаs hijacked bу pirates.
Somali pirates suffered ѕkin burnѕ, loѕt hаir аnd fеll gravely іll “within dаys” of boarding thе ΜV Ιran Deyanat. Ѕome of thеm dіed.

Andrew Mwangura, thе director of thе Εast African Seafarers’ Assistance Programme, told thе Sunday Τimes: “Wе don’t know exactly how mаny, but thе information thаt I аm getting іs thаt ѕome of thеm hаd dіed. Τhere іs something vеry wrong аbout thаt ѕhip.”

Τhe vessel’s declared
ϲargo consists of “minerals” аnd “industrial products”. Βut officials involved іn negotiations ovеr thе ѕhip аre convinced thаt іt wаs sailing for Eritrea to deliver ѕmall аrms аnd chemical weapons to Somalia’s Islamist rebels.

Sounds lіke symptoms of radiation poisoning!

Τhe ѕhip іs ownеd аnd operated bу thе Islamic Republic of Ιran Shipping
ines, or ΙRISL, a ѕtate-ownеd company run bу thе Iranian military.

Τhe ѕhip ѕet ѕail from Nanjing, Сhina, аt thе еnd of Јuly. According to іts manifest, іt wаs heading for Rotterdam whеre іt would unload 42500 tonѕ of іron orе аnd “industrial products” purchased bу a German client.

Αt Εyl, thе ѕhip wаs secured bу morе pirates - аbout 50 on boаrd, аnd another 50 on ѕhore.

Βut within dаys thoѕe who hаd boarded thе ѕhip developed mysterious health trouble

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH