Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci.
Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat muhibah dan berbudilah bahasa setiap masa.
Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak.
Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau jahil. Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya.
Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu.
Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu.
Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu.
Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh dengan segala tipu helah.
Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu.
Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan pengorbanan. Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya.
Usah hidup berpura-pura.
Ambil pengajaran dari masa silammu.
Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci. Hargailah dirimu.
Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang tenang dan JIWA yang khusyuk.
Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini…. bertaffakurlah….
dan berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa
Friday, September 25, 2009
Saudaraku
Saturday, September 19, 2009
SALAM EIDULFITRI
SEHARI SEBELUM RAYA : PERSIAP PERALATAN UNTUK MENGGEGAR MALAM RAYA
sedang berusaha mencari peralatan tuk buat meriam,, susah juga nak cari,, dapat buat meriam tin pun jadi la..
apa-apapun kepada semua pembaca, jangan jadi macam ana tetapi jadilah yang lebih baik dari ana(buat bom@yang lebih kuat dari meriam)..he3
salam lebaran dituju khas buat sahabat seperjuangan, rakan perkongsian kegembiraan,
1. rakan & guru-guru SK Tempasuk Satu, Sabah
2. rakan & guru-guru SK Ulu Bernam, Selangor
3. rakan & guru-guru SK Aminuddin Baki, Slim River
4. rakan serta pensyarah SMK Dato'Zulkifli Muhammad, Slim River
5. sahabat seperjuangan SM Teknik Persiaran Brash Ipoh (Brashian)
6. sahabat seperjuangan di Kolej Matrikulasi Perak
7. ikhwah BS
8. semua pensyarah Kolej Matrikulasi
9. serta sesiapa yang mengenali diriku yang kecil ini
Friday, September 18, 2009
road to KLIA
2 orang sahabat ana akan berlepas ke negeri anbiya, so ana dan sahabat lain merancang tuk menghantar mereka di KLIA. Ana bergerak ke rawang menaiki motor AGA 2771 yang telah pada memberi khidmat pada diri ini selama hampir 3 tahun, keluar masuk kem, pergi KL, sumua diredah walau tidak sehebat mana.
perjalanan dimulai jam 2ptg sejauh hampir 170km dengan kelajuan 120km/j ke rumah Zulwafi di rawang kerana hendak pergi ke KLIA bersama. bawa mtor slow n steady coz masih awal lagi, sampai ke rumah wafi pada jam 6.30ptg. sembang dan trus sembang sehingga buka dengan family beliau. then pi amik saudara Fazli di Antara Gapi(pelik gak namanye..he2).
bertolak untuk ke KLIA pada jam 8.15mlm. Mula-mula nak konvoi dengan family Rabia'tul dari Shah Alam seksyen 18 tapi meraka bertolak jam 9.30, sempat ke? wafi kata sempat nih, kita deras sikit. sampai Shah Alam dah tidak tau mana nak gi, ades berat nih...pusing-pusing area2 tol Batu 3, ingat konvoi tue lalu tol tu tp idok le camtu jadinya, deme lalu trus k tol sepang.. tak jadi la konvoi, pegi sendiri la jawabnya..
setelah Saudari Banan & Rabia'tul msuk k balai pelepasan kami pun bersurai mengikut hala tuju masing-masing. pukul 8.00pg ada klas pukui bpe nk blk eh..pening2, mata lak ngantok..
Sampai rumah wafi lbh krg jam 4.30 pagi, ana minta dia kjut jam 5 coz jauh lagi perjalanan ana..tido punya tido, 6.30pg baru terjaga..lewat nih...
selesai solat subuh berjamaah dengan wafi ana trus capai motor, pe lagi merempit la pepagi tue, dengan udara yang nyaman lagi sejuk menyebabkan nak ja tido atas motor..dlm perkiraan mmg x smpat sampai sebelum 8pg, abih la tercalar rekod kehadiran... untuk mengelak traffik light n jam, ana msuk hingway,,tanpa disangka-sangka motor ana dapat mencapai kelajuan 140km/j. puas hati kalo gitu, x pernah bole cecah angka 140..
apapun ana x sempat msuk kelas jam 8pg n trus msuk kelas ke-2 jam 9-10pg tapi lewat 30minit msuk coz sampy pun dalam 9.20pg..mase msuk kelas classmates pandang ja, tapi buat tak tau ja..he3, ana dapat abihkan tugasan dalam setengah jam, then sape da siap ley kuar,,memang puas hati tuk kali ke-2,, member lain cemburu kot, da la dtg lewat balik awal lak..memang x patut...
sekian sahaja coretan kali ini..
Sunday, September 13, 2009
ramadhan - revise
assalamualaikum..
dah lame jari-jemari nie tidak bergerak-gerak atas keyboard, kekangan penggunaan kmudhn dan kmundurn idea penyebab mengapa blog nie tampak kesunyian dr membicara kmshlatan umat, bicara IMAN & TAQWA, amal islami, perkembangan haraki dan lain2.
insyaallah kesempatan yang ada akn dipergunakn sebaik mungkin untuk mengupdate blog nie.
Ramadhan kini meniti hari2 pengakhirannya, suatu jangka masa yang mendukacitakn bagi mereka yang mengetahui kerana semakin kesuntukan masa untuk mengejar cita2 yang jarang diperolehi dlm 11 bulan sebelumnya, pengikat hubungan antara manusia dgn khalik.
sekadar peringatan :
- adakah ramadhn kali ini lebih baik@ sama shj dgn y lepas?
- revise kmbali adakh segala amaln kita semata-mata mencari redho sang pencipta?
- selami kmbali maksiat y tlh kita lakukan melalui hati & keimanan, jgn menginsafi diri hya skadar di ingatan(mengingat dosa lalu).
- sebaik mana tingkatan ibadah kita? adkh cukup skadr yang wajib?
- perkara sunat adalah pelengkap yang wajib - yang mana kita selalu dahulukan?
- Bagaimana hubungan kita dgn manusia dlm “bulan yang panas ini”
- Sudahkah kita ditarbiyyah sepenuhnya dalam madrasah tarbiyyah ramadhan ini? Akidah, akhlak kita bagaimana?
Ini kerana tarbiah bukan untuk melahirkan pejuang haraki yang tumpas dengan nafsu. Luarannya kuat berjihad sedangkan hatinya diulik keasyikan nafsu
Mengerjakan solat dengan kesungguhan tetapi tahajud langsung tidak membantu mendekatkan diri kepada Allah. Hanya tahajud, hanya gerakan badan, sedangkan hati tidak bersama-sama. Hanya bangun di malam hari sedangkan simbahan cahaya pada mata hati redup sekali. Bacaan al-Quran yang hanya menjadi gerakan bibir dan basahan lidah sedangkan akal tidak mengerti dan jiwa semakin kontang. Hanya zikir yang terlafaz sedangkan mata tidak menangis. Hanya merenung dosa dengan ingat-ingatan bukannya dengan jiwa dan rasa mendalam.