Tuesday, October 20, 2009

Hatiku perlu dibaiki




Antara jenis hati ialah hati sihat, hati sakit dan hati mati. Punca-punca yang menyebabkan hati seseorang itu menjadi sakit ialah:

* Terlalu mencintai dan mengharapkan kehidupan duniawi. Ia sanggup menghabiskan waktu dan memerah akal fikiran untuk memikirkan keduniaan semata-mata tanpa mengambil kira akhirat yang pasti akan ditujuinya.

* Terlalu mengikut hawa nafsu. Manusia dianugerahkan akal fikiran , akal inilah yang akan mengawal dan memandu nafsu kita supaya berada pada landasan yang betul dan dibenarkan oleh syara'. Apabila hawa nafsu sudah mengawal akal kita maka pada saat itu rosaklah kehidupan kita.

* Selalu marah, ini kerana sifat marah dan taasub dengan nafsu menyebabkan seseorang itu tidak dapat membezakan antara yang hak dan batil serta tidak dapat membuat keputusan yang tepat dan benar.

* Suka kepada sifat menunjuk-nunjuk , suka menjadi orang yang disanjung dan menjadi ketua dalam segala hal.

* Terlalu banyak perdebatan dan percakapan yang tidak memberi faedah dan tidak kena-mengena dengan dirinya.

* Penyakit hasad dengki dan takabbur yakni sombong dan merasakan dirinya lebih daripada orang lain.

Cara-Cara Mengubatinya:

- Memperbanyakkan zikir kepada Allah s.w.t.
- Memperbanyakkan membaca al-Quran.
- Memperbanyakkan berdoa kepada Allah s.w.t.
- Berpuasa sunat.
- Berakhlak denganakhlak yang mulia.
- Berbuat baik kepada ibu bapa.
- Banyakkan bersedekah.

Semoga Allah s.w.t memberkatinya.

No comments:

Post a Comment

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH