Monday, April 27, 2009

Bab 1 : Aqidah & Perjuangan

Diambil dari buku Aqidah & Perjuangan (Ust Fadzil Noor)

Pengertian

dari segi bahasa : satu ikatan yang mengikat sesuatu kepada sesuatu yang lain. Perkataan 'aqada dalam bahasa arab beerti mengikat. 'Aqidah merupakan satu ikatan keyakinan yang mengikat diri, pemikiran, hati seseorang dengan satu keyakinan dan dengan itu kehidupannya menjadi satu kehidupan yang terarah dan terpimpin. 'Aqidah telah mengikat seseorang Muslim itu untuk hidup berasaskan kepada dasar2 keyakinan yang disebut sebagai “Iman”.

Orang yang beriman beerti telah bersikap jujur terhadap dirinya kerana dia telah meletakkan dirinya pada tempat yang betul dan tidak mengkhianati dirinya. Dia beriman kepada Allah dan akibatnya akan mendapat kesejahteraan. Seseorang yang kufur kepada Allah ialah seorang yang mengkhianati dirinya kerana ia telah meletakkan dirinya bukan pada tempatnya yang betul dan telah mengkhinati dan menzalimi dirinya.

Demikian Islam menentukan atau memilih perkataan2 ini untuk dijadikan satu istilah bagi menggambarkan dasar hidup seseorang Muslim. Ia menunjukkan bahawa ‘aqidah Islamiyyah bukanlah satu keyakinan kosong, tetapi sebaliknya ia merupakan satu keyakinan dan keimanan yang didasarkan pada rukun2 yang kukuh yang disebut sebagai “arkanul iman”. ‘Aqidah Islamiyyah yang berteraskan kepada rukun2 ini sekaligus menggambarkan satu kefahaman yang sejagat atau universal di mana setiap peribadi manusia berhak menyertai ‘aqidah ini dan berada dalam ikatannya. Ia adalah merupakan rukun2 yang tidak terikat dengan benda, masa, bangsa, ataupun tempat

No comments:

Post a Comment

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH